Tuesday 28 April 2015

Cara Dapatkan Perut Rata Hanya dalam Hitungan Minggu

Cara Dapatkan Perut Rata Hanya dalam Hitungan Minggu

Setiap orang pasti mendambakan bentuk tubuh yang ideal terutama perut yang rata agar dapat selalu tampil menarik dalam balutan pakaian kegemaran.
Apalagi menjelang cuti Krismas dan Tahun Baru yang menawarkan banyak acara menarik di pelbagai entertainment centre dan pusat membeli-belah bandar.
Keinginan untuk tampil menarik dengan perut rata dalam masa singkat tentu menjadi impian yang ingin segera diwujudkan.
Malangnya, banyak yang sudah terlanjur mempunyai stereotype bahawa untuk mendapatkan perut rata perlu melalui pelbagai latihan keras di pusat kecergasan tubuh hingga akhirnya memilih untuk melupakan impian tersebut.
Padahal, sebenarnya cara mendapatkan perut rata sangat simple dan mudah dilaksanakan.
Berikut tips berkesan mendapatkan perut rata dalam masa beberapa minggu:

1. Segelas Air Putih Setiap Bangun Tidur
Minum air putih memang sudah menjadi keperluan pokok sehari-hari. Tapi, sedarkah anda betapa berkhasiatnya pengambilan air putih segera setelah anda bangun tidur? Ketika anda tidur, tubuh kehilangan begitu banyak cecair. Kerana itu pengambilan air putih sangat penting untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan yang sesuai dengan mencukupi keperluan akan air. Pengambilan air putih di pagi hari ketika bangun tidur membantu sistem pencernaan anda berfungsi dengan baik dan mengawal berat badan anda secara ideal.

2. Teknik Gulungan Tuala
Menerapkan teknik ini sangat mudah dan hasilnya pun akan tampak seketika. Pertama, gulung tuala saiz besar hingga menyerupai bentuk guling bayi, lalu ikatlah dengan tali rafia atau tali apa saja untuk mempertahankan bentuk gulungan. Kemudian, letakkan gulungan tuala tersebut tepat di bawah pinggang anda dan berbaring di atasnya. Lakukan ini selama hanya lima minit setiap harinya dan pastikan tangan anda direntangkan ke atas serta kaki anda diregangkan dengan jari kaki menunjuk ke bawah selama melakukan teknik ini. Ukurlah lingkar pinggang anda dan bandingkan dengan saiz sebelum anda melakukan teknik ini. Anda pasti akan terkejut bahawa lingkar pinggang anda telah langsung berkurang!

3. Penggunaan Green Tea
Banyak kajian telah membuktikan bahawa kandungan kafein dalam Green Tea membantu proses pembakaran lemak, sementara bahan EGCG adalah unsur yang dapat mempercepat metabolisme tubuh. Gabungan kedua-dua unsur inilah yang menjadikan Green Tea sebagai minuman yang boleh membantu penurunan berat badan dan kemusnahan lemak terutama di bahagian perut secara lebih berkesan. Untuk hasil terbaik, minumlah 3-4 cawan Green satu jam secara rutin sebelum atau sesudah makan agar tidak menganggu penyerapan nutrisi daripada makanan yang anda konsumsi.

4. Mengunyah Makanan Secara Perlahan
Melambatkan proses mengunyah makanan bukan hanya baik untuk kesihatan sistem pencernaan tubuh, namun juga memberi signal ke otak yang memberi kesan seolah perut lebih cepat terasa kenyang. Dengan begitu, keinginan untuk makan dengan porsi yang berlebihan boleh dicegah.

5. Mengurangkan Pengambilan Makanan berpengawet
Memakan cemilan makanan berpengawet ketika waktu lapang mahupun sibuk memang menyeronokkan. Selain praktikal, makanan jenis pengawet sekarang ini juga telah menawarkan pelbagai varian rasa sehingga tidak menjemukan. Namun, pengambilan makanan berpengawet secara berlebihan merupakan faktor pencetus penyebab obesiti. Makanan berpengawet mengandungi kalori dalam jumlah berlebihan yang lebih sukar dicerna tubuh berbanding makanan segar tanpa pengawet. Selain itu, pengambilan makanan jenis ini cenderung tidak bersifat mengenyangkan sehingga boleh menyebabkan penggunaan secara berlebihan. Faktor inilah yang menyebabkan makanan berpengawet sering dikaitkan dengan obesiti.

Ternyata, untuk mendapatkan perut rata dalam masa lebih cepat, bukannya tidak mungkin kan. Jadi, siapkanlah pakaian kegemaran terbaik anda untuk menyambut percutian ini kerana perut rata impian akan memudahkan anda berekspresi dengan berbagai model pakaian yang anda sukai.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive